belajar sanbilan untuk golongan bekerja sahaja

Thursday, 30 October 2014
sistem pendidikan pjj
Sistem Pendidikan PJJ
Sistem Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan sistem pengajaran
secara jauh, maknanya pengajar dan
pelajar terpisah atau berada pada suatu jarak antara satu sama lain, ataupun tidak bersemuka. Dalam sistem
PJJ bahan-bahan atau keseluruhan sukatan pelajaran disediakan dalam bentuk cetak atau bukan cetak
dan dibekalkan kepada pelajar pada
masa yang sesuai dengannya. Oleh itu pengajaran danpembelajaran tidak berlaku
pada masa yang sama iaitu tidak perlu berada di tempat yang sama atau berdepan dengan tenaga pengajar
dan yang paling utama ialah pengurusan masa yang
baik (Mohd. Noor Saleh, 1994).
Terdapat beberapa aspek yang telah menyumbang ke arah pertumbuhan dan perkembangan sistem PJJ. Di antaranya ialah:-
·
Kemudahan sokongan
bertambah baik :
·
Kemudahan sokongan
amatlah diperlukan agar pembelajaran dapat dilakukan dengansempurna. Di antara
kemudahan yang dimaksudkan ialah perkhidmatan kaunselingkepada pelajar PJJ.
Kaunseling kepada pelajar PJJ adalah perlu untuk membantupelajar untuk
menyesuaikan diri dengan kaedah pendidikan PJJ dan memberi khidmatnasihat
tentang perancangan serta strategi pembelajaran. Ia juga bertujuan
untukmenangani sebarang masalah yang dihadapi samada masalah berbentuk
akademikpelajar(Rozhan Hj. Mohammed Idrus,1994).
·
Selain daripada itu
terdapat juga alat sokongan yang lain seperti kewujudan bahanbacaan dimana ia
dijadikan panduan utama bagi pelajar PJJ dan alat ini jugamerupakan media
paling lama digunakan. Televisyen dan audio kaset juga digunakansebagai alat
sokongan dalam sistem ini. Audio kaset digunakan adalah bertujuansupaya pelajar
yang tidak ada masa untuk ke kuliah boleh mendengar syarahan matapelajaran yang
telah dimuatkan ke dalam pita rakaman ini di mana dan tempat yang menjadi pilihan mereka (Shireen Haron,Jan 1995).
·
Perkembangan
komunikasi terbaru seperti komputer, video, telefaks dan sebagainya.
·
PJJ merupakan sistem
pendidikan yang menekan kepada konsep pendidikan sendiri,jadi di sini
komunikasi amatlah perlu untuk melancarkan lagi proses ini. Komputermisalnya
merupakan media penyampaian maklumat yang semakin pesat digunakanoleh institusi
pengajian tinggi di seluruh dunia. Komputer mempunyai pelbagai fungsi,yang
utama ialah sebagai wahana berkomunikasi, berinteraksi dan untuk memproses maklumat. Ia juga digunakan sebagai alat untuk
membuat penyelarasan dengan berkesan ke atas
maklumat yang diperolehi. Bagi sistem PJJ, komputer merupakan satu pilihan untuk merapatkan jurang
pengasingan yang wujud antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan pensyarah (Ab. Rasid Mat Zin,1994).
·
Video secara umumnya boleh digunakan sebagai asas untuk
meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelas. Apabila pelajar menonton video mereka dapat
menghubungkan apa yang dilihat dengan apa yang dipelajari di dalam kelas.
Dengan cara ini pelajar dapat menyoal sumber maklumat yang diperolehi dan
menggalakkan pelajar untuk menganalisis maklumat yang diberi dan seterusnya
dapat meningkatkan prestasi pelajar.
·
Sokongan
daripada kerajaan
·
Kerajaan sememangnya
menitikberatkan sistem pendidikan di Malaysia samada iaberbentuk formal ataupun tidak formal. Menurut
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (Utusan Malaysia,Nov 1997) mengajak semua
negara anggota Persatuan Universiti-Universiti Terbuka Asia (AAOU)
mempertimbangakan rancangan mengadakan PJJ melangkaui sempadan negara-negara
anggota dan dan rancangan ini telah dilaksanakan maka tercapailah matlamat
sasaran 40 % (peratus) penduduk negara anggota akan memperolehi pendidikan
tinggi menjelang tahun 2020.
·
Selain daripada itu
Kerajaan juga telah menubuhkan Universiti Multimediaberkonsepkan Pengajian Jarak Jauh yang
berpusat di Koridor Raya Multimedia (MSC). Dengan ini jelas beliau, universiti
ini akan menjadi tuan rumah dan akan bertindak sebagai pusat pentadbiran dan
dapat memberi maklumat kepada lain-lain pusat pengajian.
Berbeza dengan pembelajaran secara tradisional, di mana
pensyarah memberi kuliah dan pelajar mengambil
nota secara bertulis, PJJ menggunakan berbagai teknologi moden dan innovasi canggih dalam
mempersembahkan bahan pembelajaran kepada pelajar. Di antara teknologi dan
innovasi ini adalah:-
·
Bahan pembelajaran
bercetak yang dihantar secara pos. Cara ini lebih dikenali sebagai gaya pos.
·
Bahan
pembelajaran yang diakses menggunakan Internet. Cara ini lebih dikenalisebagai
pembelajaran dalam talian atau "on-line".
·
Bahan pembelajaran
yang disiarkan melalui siaran radio dan televisyen. Cara ini lebih dikenali dengan gelaran "radio dan
tv pendidikan".
·
Bahan pembelajaran
yang dimuatkan ke dalam CD-ROM komputer dan akan diikuti oleh pelajar di komputernya sendiri. Cara ini lebih
dikenali sebagai multimedia
interaktif.
·
Bahan pembelajaran
yang dimuatkan ke dalam alat mudah alih seperti telefon bimbit dan komputer saku (pocket pc). Cara ini
dikenali sebagai pembelajaran mudah alih atau mobile
learning.
Pembelajaran Jarak Jauh atau PJJ
Pendidikan Jarak Jauh adalah satu bidang pendidikan yang bertumpu kepada memberi pendidikan kepada pelajar yang tidak berada di satu lokasi setempat seperti di institusi pengajian tinggi atau IPT. Melalui PJJ pelajar dan pengajar berkomunikasi di waktu dan ketika yang berlainan yang sesuai dengan masa lapang mereka.
Konsep Pengajian Jarak Jauh
Pada prinsipnya kaedah
PJJ mendokong konsep pemisahan antara pengajar dan pelajar. Dengan itu pengajaran dan pembelajaran berlangsung
melalui bahan-bahan pembelajaran kendiri
dalam pelbagai media. Dalam konteks PJJ, pembelajaran kendiri membawa maksud bahawa pelajar belajar
bersendirian, tidak bertemu muka selaludengan pengajar dan juga rakan yang
lain. Pelajar PJJ bebas mempelajari sesuatusubjek mengikut selera ataupun
kaedah masing-masing. Menurut Rozhan Hj. Mohammad Idrus (1994) terdapat dua ciri utama yang amat penting
dalam pelaksanaan PJJ:
Segala pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara formal dapat dilaksanakan dan diseliakan secara jarak jauh iaitu dalam keadaan pelajar terpisah daripada pengajar.
Tanggungjawab pembelajaran telah dipindahkan kepada pelajar itu sendiri. Dengan secara sendirian, pelajar akan belajar dan juga menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran bagi menambah dan memperolehi ilmu serta kemahiran yang dicari
·
Subscribe to:
Posts (Atom)